Orang kata Cinta Jarak Jauh ini susah nak jumpa tapi dalam hati dekat je macam duduk sebelah rumah pulak..betul tak?? atau amin pandai buat kesimpulan =.= apa-apa je lah.. Sekarang ini kita buka topik cara-cara kita untuk berdepan dengan pasangan korang ...

Selain dibatasi jarak, mungkin masa dan kelapangan tidak mengizinkan.Namun, tidak mungkin tiada masa langsung untuk berjumpa.Jika si dia telah berkorban untuk pergi melawat kamu, luangkanlah sedikit masa untuk bersama dengannya.Dengan cara itu, si dia tahu bahawa kamu juga telah berkorban masa untuk menikmati masa bersama.Masa yang terhad ini perlulah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.Selain tunjukkan rasa cinta kamu, lafazkannya agar ia sentiasa segar di hati pasangan.