Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Saturday, August 13, 2011

5 Tentang Otak Kaum Hawa

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia ..yeah selamat pagi semua .hari ini amin nak cerita lagi isu perempuan ...[nape la amin asyik buat isu perempuan je ni =.=""] mesti korang cakap macam tu kan ?? ok la kalau amin nak cerita pun cerita sangat panjang, kalau pendekkan korang tak faham la ...hahaha[cakap lah tak nak cerita kan senang..grr]

Pagi ini amin mahu cerita pasal OTAK ..bukan yang dalam zombi kampung pisang tu ..ni pasal otak seorang perempuan..Semua orang tahu kan ?? apa yang kita buat makan ke?tidur ke? berfikir ke? semua telah di kawal oleh otak kita ..Sekarang ni, perempuan sering dikatakan sukar untuk di fahami . kenapa amin kata begitu ..Jom kita selongkat 1 by 1 .. ada berani ?? kalau amin berani, korang mesti lagi berani..;)

     1. Perempuan menggemari cabaran di usia matangnya 

  • Semakin matang seorang perempuan itu semakin dia menggemari cabaran dan risiko [hurmm dah macam hipothesis lak]. Bagi mereka, hidup akan rasa sepi dan kosong andai ia terlalu mendatar sahaja. Selain itu, perempuan di usia ini juga memiliki keinginan kuat untuk melakukan lebih banyak untuk dirinya.


      2. Perempuan melalui dua kali 'masa remaja'
  • Perempuan mengalami dua kali perubahan fizikal dan hormon yang membawa perubahan kepada kepada suasana hati dan ketidak selesaan secara fizikal. 'Masa remaja' yang kedua kalinya terjadi saat seorang itu akan memasuki masa menopaus(perimenopause) yang mula terjadi sewaktu usianya 43 tahun dan mencapai puncaknya sewaktu usianya 47-48 tahun. Umumnya semasa perimenopau seseorang perempuan itu akan mudah bberpeluh pada malam hari serta terlalu terjadinya perubahan mood.
       3. Otak perempuan di pengaruhi oleh kehamilan 
  • Kalau mengikut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Neurology tahun  2002, otak perempuan akan 4% merosot selama kehamilan hingga melahirkan. Namun situasi ini akan kembali normal setelah 6 bulan kelahiran.
       4. Otak perempuan berusaha menghindari agresif 
  • Anne Campbell dari Universiti Durham melalui kajian yang dijalankan mengakui perempuan cenderung menghindari sifat agresif kerana memiliki pemikiran jangka panjang.Namun itu bukan bererti perempuan tidak memiliki sifat agresif lanngsung, kerana perempuan boleh jado agresif dalam cara yang berbeza dan lebih cenderung kepada perdebatan.
       5. Otak perempuan di pengaruhi semasa datang haid           
              (period) 
  • Perubahan hormon yang terjadi akibat menstruasi juga mempengaruhi otak dan tubuh seseorang perempuan itu, pemikiran tenaga serta kepekaannya. Bagi kebanyakkan perempuan, suasana hatinya akan mencapai titik terburuk saat 12 hingga 24 jam sebelum menstruasi.

Macam mana dengan tips diberi ada yang berkesan ke ? kalau ada cuba kongsi kat sini :) apa2 pun entri ini sekadar untuk perkongsian tiada niat untuk kutuk atau menyakitkan hati sesiapa. yang buruk datang dari amin sendiri , yang baik datang dari Allah swt.. Disini penulisan amin buat kali ini ..kalau ada masa, idea amin cuba menulis lagi.Assalammualaikum :) 


Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|