Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Thursday, April 14, 2011

Cinta Jarak Jauh

Assalammualaikum tak jawab dosa, kalau jawab sayang [guna ayat kak maria elena jap]  kita berjumpa lagi la ya ..malam ini nak cerita fasal CINTA..semua kenal cintakan ?? bohong la tak kenal..lagi-lagi perempuan mesti pernah mengenali cinta tapi amin tak nak cerita fasal maksud cinta ini amin mahu cerita fasal Cinta Jarak Jauh .. mesti semua dah merasai.. Ada yang jumpa dalam internet tapi tak pernah jumpa..sekarang ini amin nak bagi cara-cara untuk berjumpa bertentang mata bak kata orang inggris 'Face to Face' ... :p hehehe [ tak kelakar pon x( ] Entri sebelumnya ---> sini OK !

   Orang kata Cinta Jarak Jauh ini susah nak jumpa tapi dalam hati dekat je macam duduk sebelah rumah pulak..betul tak?? atau amin pandai buat kesimpulan =.= apa-apa je lah.. Sekarang ini kita buka topik cara-cara kita untuk berdepan dengan pasangan korang ...

1. Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap 

 Selain dibatasi jarak, mungkin masa dan kelapangan tidak mengizinkan.Namun, tidak mungkin tiada masa langsung untuk berjumpa.Jika si dia telah berkorban untuk pergi melawat kamu, luangkanlah sedikit masa untuk bersama dengannya.Dengan cara itu, si dia tahu bahawa kamu juga telah berkorban masa untuk menikmati masa bersama.Masa yang terhad ini perlulah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.Selain tunjukkan rasa cinta kamu, lafazkannya agar ia sentiasa segar di hati pasangan.




2. Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan

    Kesetiaan merupakan KUNCI UTAMA yang harus ada pada pasangan, Setia pada rasa cinta yang ada disamping hormat pada hubungan yang telah terjalin. Nilai kesetiaan pasti sentiasa teruji apabila pasangan berjauhan.Segala cabaran dan godaan perlu ditepis untuk menjaga sebuah cinta yang suci. Namun, jangan terus melukakan hati pasangan kalau kamu tidak mampu untuk setia.

3. Beri kejutan kepada pasangan 

Siapa kata dah jauh tak perlu bertegur sapa??? tak ada siapakan?? memandai je amin nie :P ....ok kita sambung cerita balik ...
    Berikanlah kejutan sebagai tanda kasih sayang. Sejambak bunga, sebungkus coklat mahupun sebuah patung beruang, pasti si dia teruja dan gembira. Sekarangkan banyak perkhimatan penghantaran  disediakan, gunakanlah kemudahan yang ada dan ceriakan hati si dia. Namun, gembiranya berganda-ganda jika melihat orang yang disayangi memegang sejambak bunga di hadapan rumahnya sangat sweet gila ... ^^

4. Sentiasa Berhubung

Telefon, e-mel, SMS(Mesej Pesanan Ringkas), Laman sosial seperti facebook kini segalanya  dihujung jari..Jangan bagi alasan kesibukan mengatasi segalanya.Banyak kemudahan kini disediakan untuk kamu berhubung.Gunakan ia dengan sebaiknya untuk terus mencurahkan rasa cinta dan sayang. Jangan jadikan jarak jauh sebagai alasan.Pasangan yang berbeza benua pun boleh berhubung apatah lagi kamu yang jauh beratus-ratus kilometer sahaja. Ayuh. telefon dia sekarang !! jangan lama-lama nanti kena sambar orang baru tahu.. [dah macam lagu pon ada =.=]

5.Percaya pada pasangan 

Selain kesetiaan, kepercayaan juga adalah faktor penting bagi kamu untuk menjayakan sesebuah hubungan cinta jarak jauh.Saling percaya-mempercayai merupakan sikap yang dituntut dalam menyatukan dua hati. Jika sebelah pihak terobek kepercayaan dihatinya, nescaya payah untuk dibentukkan semula.Oleh itu, walaupun berjauhan, kamu perlu saling percaya pada pasangan. Jangan sesekali bertindak melulu ataupun cemburu buta kerana itu adalah api kebakaran hubungan.Jika kamu perasan sesuatu yang mencurigakan, cubalah tanya dia dan bertindak dengan rasional.

Itu sahaja yang amin mahu berkongsi dengan korang supaya tips ini dapat membantu korang pada masa akan datang.. Betul tak?? Kalau tak betul lantak pi lah.. hahaha [tak lawak lah] .....


      Pesanan daripada amin janganlah korang semua sesekali berputus asa walaupun bercinta jarak jauh..Orang kata usaha itu tangga kejayaan..Cinta itu datang dari hati kalau tunggu juga tidak berguna kita kena berusaha untuk mendapat si dia ... Berusahalah sebaik mungkin :)

Perhatian: Kalau ada siapa-siapa nak menggunakan cara ini dengan NAWAITU tak baik ..Baik hentikan jangan sesekali melukan hati orang.. lagi- lagi wanita .. ..
Terima Kasih :)
Dengar lagu ini untuk puaskan hati
SALAM  dari amin :')

5 comments:

  1. bagus tips ni..
    anyway, sy jugak cinta jarak jauh for 2 years & x penah jumpa lg..
    tp hanya kerana seorang pompuan yg jadi adik angkat die, kitorang break bulan lepas......... :(
    sedih giler!

    ReplyDelete
  2. @dyg sabar ok .. kumbang bukan seekor dalam dunia banyak lelaki tapi kena pandai memilih ..kalau tak buruk padahnya xD

    ReplyDelete
  3. xpernah bercinta.. xtau :D

    xde org sudi bercinta ngan bam mu0 ;)

    ReplyDelete
  4. yezzz..sy pom brcinte jarak jauh..da stahun da..bru brjumpe 2 kali..msing2 sibuk bljar,susah nk jmpe,.insyallah akn terus kekal,amin..:D

    ReplyDelete
  5. cinta kami jauh tp dekat..huu..btw,love this song! puas cari video clip dia tapi x jumpe..mmg xde ek?

    ReplyDelete

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|