Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Thursday, May 19, 2011

Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu

Assalammualaikum semua... hey² kita berjumpa lagi di alam maya ini ..Alhamdulilah... Pada malam ini, amin nak cerita satu tajuk yang tertera di atas..Semua gadis-gadis diluar sana patut mengetahui Rahsia Lelaki tetapi ( mesti ada tetapi) manusia GAY ! dilarang sama sekali membaca artikel ni..hahahhaha gurau je..

Jom ramai-ramai kita mengenali sifat lelaki seperti amin (poyo kejap) terutama gadis-gadis yang comel, cun & sama waktu dengannya :p


1. Lelaki Bersemangat

  • Personaliti diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok(merokok bukan ciri² amin tahu :p). Dia (si lelaki) juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berduit sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh.
    • Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya tapi sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutunya. Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya dalam kerjayanya itu. 
2. Lelaki Takut Komitmen

  • Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang "trendy" dari segi pemakaian dan imej diri. Bak kata budak muda zaman sekarang 'up-to-date' la katakan.. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemangilnya susah tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VVIP pula tu .. :p

    • Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tidak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini. Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum berseida untuk menjalinkan komitmendengan mana-mana gadis buat masa itu. 
3. Lelaki Anti Perempuan 
  • Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadang kala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.
    • Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tidak kena.  Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya. 
4. Lelaki PlayBoy
  • Selalunya mereka ini seorang yang memiliki penampilan menarik dan ' up-to-date'. Biarpun kadang kala mereka itu taklah begitu kacak dari segi paras rupa tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang cukup romantis dan pandai mengayat si gadis. Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka. 
    • Mungkin mereka ini belum terfikir unutk kehidupan berkeluarga. Hanya memntingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan. Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, Membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, gadis- gadis di luar sana kenalah berhati-hati. Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai 'playboy' itu biarpun usia dah lanjut.

5. Lelaki Tradisi
  • Corak pemakaian mereka selalunya sederhana sahaja, tidaklah terlalu kuno atau 'up-to-date' sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengaut keuntungan dalam kewangannya dan suka perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang. 
    • Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tidak takut  pada komitmen.
6. Lelaki Korporat
Lelaki koparat?? eh silap  pulak..Lelaki Korporat !
  • Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan mereka tidak merancang untuk membina keluarga dalam masa terdekat.
    • Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab  itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan menjadi kedua dalam hidup selepas kerjaya.

p/s font yang berwarna ungu ialah Makna
p/s Sesiapa yang tiada blog anda boleh komen disini tetapi di ingatkan tinggalkan nama anda..
Terima Kasih :D

4 comments:

  1. rasanya dia lelaki jenis pertama kot... haish.. sbar je la :S

    ReplyDelete
  2. suka ciri laki no.5 n no.6.....haha....^_^

    ReplyDelete
  3. cik fyza: yeke semangat?? ce check blik..hahaha gurau2x

    siti: wah bagus sngt la tu senang sikit kalau jadi isteri laki yg ada ciri2 no 5 dan 6 :P

    ReplyDelete
  4. bagus jugak dpt lelaki no 5 tu..hehehe..ape2 pun entri ni menarik la..

    ReplyDelete

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|