Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Thursday, October 20, 2011

Bila Jejaka Idaman Berubah Sikap ?

Assalammualaikum wbt, salam 1 Malaysia dan salam 1 Blogger..hmmm sudah lama amin tidak menyentuh blog ni ..ye la bila malas menguasai diri selepas tamat sahaja peperiksaan akhir di UiTM pada semester 1 ini.. Kali ini amin tak nak lah berbincang pasal exam ni .. amin nak cerita pasal tajuk di atas..Korang semua ni ada tertanya tanya ke kenapa ya kekasih korang berubah sikap..
Jom kita selongkar beramai-ramai..zasssss

1. "Hai sayang..Dah makan ke?? dah minum ke??
Si dia hanya rajin menghantar SMS shj walaupun bertanyakan soalan2 remeh.Jika tidak, telefon korang sentiasa berdering.Ayat yang berbunyi seperti ini tentunya akan terkeluar dalam perbualan, "SMS kan lebih bermakna? Tahan lama.....".

2."Saya dah janji dengan famili...."
Secara tiba2 terutamanya apabila tiba hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya atau teman-teman daripada keluar bersama korang.Walaupun sudah bermacam macam cara yang korang lakukan dan berusaha mengheretnya keluar dari rumah, dia tidak mahu juga.

3."Selamat ulang tahun! Hadiah xde.. Maaf ! "
Apabila tibanya hari-hari istimewa seperti ulang tahun korang berdua, hari jadi atau menjelang hari2 istimewa, si dia hanya melafazkan ucapan tanpa memberikan hadiah. Alasannya, si dia belum menjumpai hadiah yang betul2 sesuai dengan korang.

4.Mari ke Zoo? Planetarium?Muzium?"
Hendak mengubah angin katanya.Kononnya sudah bosan asyik melihat kedai baju dan berada di tempat yang ramai orang.Sebelum ini tidak pernah pula si dia mengajak korang melawat ke tempat bersejarah ya ??

5."Saya penatlah awak"
Selalunya selepas menjemput korang, si dia mesti singah dahulu untuk makan malam sebelum pulang tapi kini dia terus menghantar korang balik ke rumah.Alasannya, hendak berehat kerana terlalu penat.Dipendekkan cerita penat itu bermaksud tiada duit ..

6. "Asyik McD je? Jomlah kedai mamak"
 Apa standard kedai mamak .. Selalunya si dia selalu bawa korang pergi ke tempat makan yang esklusif.Nak nampak romantik katanya .. Tetapi kali ini, dia membawa korang ke gerai murah pula. Mungkin korang tak begitu kisah, tapi sudah tentu korang akan berasa pelik..betul tak ?

7."Tengok DVD je la kan sama je"
Menonton di rumah sudah menjadi aktiviti kesukaannya..Cuba korang ajak mereka menonton wayang, sudah tentu dia akan menolaknya.Kononnya dia lebih suka berbaring dan bersantai ketika menonton DVD.

8."Lapar ya? Saya boleh temankan"
Bila si dia mulakan ayat 'nak teman' itu bermakna dia tiada duit untuk belanja korang makan .Jika korang mengajak si dia keluar sudah tentu dia kan memberi jawapan seperti ini:-
- "Saya kenyang lagi, tadi dah makn.Saya temankan awak je lah".

9."Kereta saya rosak lagi la"
Tanpa di tanya, si lelaki akan mula bercerita tentang kereta kesayangannyayang selalu meragam.Ada sahaja yang tidak kena, mula2 air cond rosak, lepastu enjin, lepas tu tayar meletup la lepas tu lagi bateri weak la dan macam2 lagi alasannya..Itu bermaksud si dia tidak mempunyai duit lebih utk dibelanjakan ke atas korang...


P/S kalau ada ayat berbunyi begini korang kenalah faham-faham sendiri la ya ..Kenapa mereka(lelaki) ini berubah dengan sekelip mata?? xD
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|