Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Friday, October 21, 2011

Perkara Yang Paling Romantik

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia..hari ini ada 2 entri amin nak berkongsi ..entri sebelumnya yang belum di baca lagi.. sila klik sini.. ok sekarang ni amin nak kongsi lagi perkara yang paling romantik bila bersama dengan pasangan korang..
Jom kita baca dari atas sampai ke bawah..
1. Melihat matahari terbenam bersama.
2. Membisik kata-kata cinta.
3. Memasak untuk si dia.
4. Berjalan didalam hujan.
5. Berpegangan tangan.
6. Membelikan hadiah yang dia idamkan.
7. Memberi mawar.
8. Cari perfume kegemarannya dan memakainya apabila anda bersama.
9. Berjalan menyusur pantai pada waktu malam.
10. Menulis puisi untuk si dia.
11. Berikan dia pelukan.
12. Pandang mata dia dan katakan ‘I love U’ disaat anda berada pada situasi yang gembira.
13. Buat kejutan pada si dia dengan memberikan hadiah seperti bunga/ coklat/ dll.
14. Ketika berada dalam situasi yang tenang, pandang mata dia dan katakan hanya dialah yang anda inginkan dan sayangi.
15. Menghabiskan setiap saat manis bersama-sama.
16. Menatap mata masing-masing.
17. Ketika seseorang seseorang bermulut sampah mengutuknya, anda berdiri dan pastikan orang tersebut makan balik sampahnya...
18. Ketika berada di tempat awam, fokus pada si dia dan pastikan mata tu tidak meliar melihat lelaki/perempuan yang lebih menggoda..
19. Masukkan surat cinta di poket baju si dia sewaktu mereka tidak perasan.
20. Berikan si dia cincin.
21. Nyanyikan untuk dia sebuah lagu.
22. Peluknya dipinggang.
23. Bawa dia keluar untuk ‘candle light dinner’.
24. Berkelah bersama seperti memancing.
25. Untuk lelaki, pegang tangannya sambil pandang terus ke mata dia dan kemudian cium tangannya dan letak ke dada anda.
26. Menari bersama.
27. Membiarkan si gadis tidur didalam pangkuan anda.
28. Buatkan sesuatu yang sweet seperti tulis “I love You” secara terbalik pada sehelai kertas yang memerlukan si dia membaca menggunakan pantulan cermin.
29. Layan dia seperti seorang puteri.
30. Ketika anda berada dalam situasi yang amat sibuk, ambil masa seketika untuk telefon dia dan ucapkan ‘ I LOVE YOU’.
31. Ketika anda berjauhan dengan si dia terutama apabila anda bercuti ke luar negara, telefon dia dan katakan anda rindu dia.
32. Ambil sehelai kertas kemudian anda bersama-sama tulis impian yang anda ingin capai bersama.
33. Berada di luar rumahnya sambil membawa ros merah pada malam hari kemudian telefon dia dan beritahu anda berada di luar rumahnya.
34. Berkongsi rahsia dan impian.
35. Jadi seorang putera dimata dia dan orang tuanya.
36. Jadi tempat untuk dia meluahkan rasa sedih dengan membiarkan dia menangis di bahu anda....
37. Saling memahami dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang cemburu terhadap anda berdua.
38. Jadilah kawan baiknya pada masa yang sama sebagai kekasihnya.
39. Bawa di menonton filem-filem yang romantik
40. Berikan sepenuh perhatian apabila si dia bercakap.
41. Bercerita pada dia tentang saat manis anda bersama.
42. Berkorban untuk satu sama lain.
43. Tanam sebuah pokok bersama dan jagalah pokok cinta anda itu.
44. Biarkan si dia tahu bahawa anda sentiasa merindui dia.
45. Belajar mencintai diri sendiri sebelum anda mula menyintai orang lain.
46. Belajar untuk mengungkapkan rasa cinta dalam bahasa asing seperti “I LOVE U” dalam bahasa perancis iaitu “je t'aime”
47. Dedikasikan lagu untuk mereka di radio.
48. Bercakap dengan si dia di telefon sehingga tertidur.
49. Disaat anda ingin melamar si dia untuk dijadikan pemaisuri anda, dan anda yakin si dia akan menerima lamaran anda, lamarlah di tempat awam ataupun melalui facebook/youtube.
50. Katakan 'I love You' setiap kali dia ingin tidur dan bangun tidur. Ini bermakna anda amat menghargai si dia di sisi anda.
51. Kalau yang dah kahwin tu, solat berjemaah bersama lepas tu masa doa tu kuat kuat sikit baca "terima kasih sebab kurniakan pasangan yang terhebat untuk dicintai."
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|