Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Sunday, August 21, 2011

Ciri-Ciri Untuk Jadi Jejaka Idaman Malaya

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia .. dah berapa hari tak update ni .. ish2 teruk betul amin ni kan .. hehe.. cuba korang intai sikit kat tajuk entri untuk kali ini.. apa macam ?? entri ini khas untuk si jejaka-jejaka yang nak memikat hati si gadisnya ...kalau nak tahu baca lagi selanjutnya.
         
          Kadang-kadang perempuan ni mudah cerewet dalam memilih pasangan untuk bercinta..kenapa?? sebab mereka mempunyai cita rasa yang berbeza ..Kepada semua lelaki dalam dunia termasuk amin sekali patut ikut panduan yang akan amin sediakan untuk perempuan memiliki korang dengan seadanya..

  • Yakin Pada Diri
Keyakinan diri adalah kualiti penting yang perlu ada dalam diri seorang lelaki.Sifat ini juga penting untuk menjadi pembimbing si gadis di masa akan datang.Buat si jejaka, cuba sentiasa berfikiran positif dalam melakukan sesuatu perkara.
  • Pandai Memujuk
Si jejaka perlu pandai dalam memujuk hati si gadis. Walaupun nampak perkara ini seperti remeh, namun ia sesuatu perkara yang penting.  (perkara inilah amin paling suka sekali :] ) 
  • Bijak Berdandan
Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai kulit berminyak, luangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah deberi tumpuan. 
  • Kelakar
Sifat kelakar yang jarang ada pada seseorang jejaka. Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar, tidak semestinya korang membuat lawak  bodoh. Belajar buat lawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya.
  • Romantik
Buat jejaka di luar sana termasuk amin juga, si gadis dan romantik memang tidak dapat dipisahkan lagi. Mereka suka dipujuk, lelaki yang pandai mengambil hati, dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian si gadis. 
  • Kewangan
Dalam keadaan semua harga barang naik kini, si gadis lebih memilih jejaka yang mempunyai taraf hidup tinggi dan kewangan yang kukuh. Selain berkerja, korang juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu korang menjadi kaya suatu hari nanti.

  • Bijak
Si gadis sering mengimpikan bertemankan si jejaka yang mempunyai pendidikan dan pandai.Jika korang berasakan korang kurang bijak, mungkin korang boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran.Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu..(nak lagi bergaya cuba buat +math..hahaha bergurau sahaja) 
  • Sensitif
Setiap kali si dia bercakap dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya, malah korang mungkin boleh berkata, " Saya memahami perasaan awak". Bagaimanapun jangan pula korang terlalu sensitif kerana sebagai teman sudah pasti korang perlu memberikan sokongan. 


P/S Si Jejaka: ada ke sifat2 yang amin sebutkan ni?? kalau takde cuba lah dari sekarang.
Si Gadis: (tak tahu nak cakap apa..nilai sendiri boleh?) hahaha
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|