Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Monday, August 29, 2011

Cara Untuk Memohon Maaf Versi Romantik

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia .. hai semua dan selamat pagi .. pagi ni amin nak kongsi sedikit entri ni tentang cara memohon maaf tapi dengan versi romantik.. nak tahu tak? mesti semua nak tahu kan ??

Sebenarnya ada 10 cara yang korang patut ketahui dari dulu lagi untuk memohon maaf kepada pasangan korang yang sedang marah, sedih atau kecewa.. kalau tips ni tidak berjaya cubalah cara lain .. amin sekadar mahu membantu sahaja..:)
Cara-caranya seperti berikut:-

1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya (jika pasangan korang bekerja). Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yangditulis kata-kata indah untuk memujuknya.Lebih romantik jika bunga pilihan korang, adalah bunga kegemaran si dia.

2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda korang memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut korang suapkan ke mulutnya sebagai tanda korang begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi ..So sweet kan ? 

3. Tulis sebuah kad ucapan yang menmuatkan 10 ALASAN mengapa si dia perlu memaafkan korang. Sebab pertama sudah tentulah kerana korang amat mencintainya dan tidak mahu  kehilangannya.Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.

4. Bagi mereka yang agak jiwang atau memnati muzik, apa kata korang tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radi kegemeran korang berdua dengan ucapan memohon maaf.Tambah romantik jika korang sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan korang memohon maaf.

5.  Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak korang.Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin.(kalau amin nak orang tu masakkan utk amin masak lemak tempoyak & ikan :p) Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakkan rajuknya.

6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan korang yang merajuk itu ke pusat2 percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan.Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang korang  berikan serta memaafkan korang.
    Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara kalian berdua.

7. Imbas kembali kenangan2 manis yang tercipta di antara korang berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan korang di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali korang mengalah  demi insan yang tersayang.Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.. (jangan jd seperti amin tahu :'] )

8. Hnatarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar ke kelas/bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan korang yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf.  Jika si dia telah memaafkan korang. ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja/belajar dan elakkan perbualan ke arah punca persilihan faham yang terjadi sebelum ini.

9. Ada juga individu yang tida mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf.Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus di ingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.

10. Cara terakhir, kalau tak jadi juga tak dapatlah amin tolong ya :) .. Apa kata korang hantarkan SMS atau emel yang mampu mebuatkan si dia ketawa.Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan korang. 'Mood' yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada korang. TETAPI !! (mestilah ada 'tetapi', kalau tak ada 'tetapi' tak sah). Awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua..kalau ada amin tak boleh nak tolong ok. :)

P/S Disini je amin dapat berkongsi kalau berguna entri ini, cubalah kalau ada masa..sampai jumpa lagi tahu :)
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|