Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Saturday, August 27, 2011

Juara Maharaja Lawak Berpecah??

Assalammualaikum wbt dan salam 1 malaysia ..agak terkejut jugak bila amin baca satu entri mengatakan kumpulan Sepah berpecah?? betul atau tidak, amin tak confirm lagi .. amin baca pun dari blogger .. kang jadi fitnah susah .. Blog amin bukan pembawa fitnah ....Kalau mereka berpisah pun lawak sepah cuma jadi kenangan je la ..

Sepah berpecah? cuma salah faham je..ramai blogger sebar fitnah pasal kumpulan sepah berpecah...tak mungkin kot kalau dorang berpecah .. kalau dorang berpecah mesti cantum  blik kan ?..

ini pun dpt dr mStar Online mengatakan Kumpulan Sepah tidak berpecah cuma salah faham.

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Sepah, Shuib mengakui terkilan dengan kontroversi kononnya mereka akan berpecah selepas memenangi pertandingan Maharaja Lawak lalu.


Jelasnya, apa yang dimaksudkan dengan berpecah adalah tiada halangan untuk menerima tawaran secara berseorangan dalam mana-mana persembahan atau lakonan.


“Pertama sekali saya ingin terangkan bahawa kami tidak berpecah, saya rasa ada salah faham dari kenyataan yang dikeluarkan daripada salah seorang anggota Sepah.


“Apa yang cuba mereka sampaikan ialah kami boleh berpecah-pecah jika mendapat tawaran persembahan pentas atau berlakon dan bukan semestinya bertiga,” jelasnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.


Kata Shuib, disebabkan khabar angin tersebut dia menerima beberapa panggilan daripada peminat tidak dikenali yang meluahkan rasa kecewa mereka.


“Lebih terkilan apabila ramai peminat yang telefon saya untuk meluahkan rasa kecewa mereka kerana telah berhabis duit mengundi kumpulan kami dalam Maharaja Lawak lalu.


“Saya rasa bersalah dengan mereka kerana mereka ingin melihat Sepah terus berada di industri ini secara berkumpulan bukan secara solo.


“Jujurnya, saya akui kami tidak akan kuat jika bergerak sendiri tanpa salah seorang daripada kami,” tuturnya.
Dalam pada itu, Shuib akui ada beberapa tawaran yang tidak dapat dipenuhi ketiga-tiga mereka atas sebab-sebab tertentu.


“Kami sudah berkawan lama dan berjanji tidak akan menyekat rezeki masing-masing.


“Jika salah seorang daripada kami sibuk dan tidak dapat menyertai, kami tetap akan meneruskan persembahan biarpun berdua atau seorang,” katanya.




P/S uhh !! buat takut je kumpulan Sepah berpecah..ish2 nak buat entri pun jgn bwk fitnah ..jika sorang bwk fitnah nnti semua orang akan ikut sekali ...

CONTEST DUIT RAYA ANJURAN DARI AMIN :) 


Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|