Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Wednesday, August 24, 2011

Luahan Hati | Coretan Buat Awak

Sudah 7 bulan kita putus tapi hati saya masih ada awak lagi .. saya pun tak tahu nak luah kat siapa sebab ramai yang tak faham dengan perasaan saya..awak je yang dapat memahami perasaan saya.. saya tahu kalau saya kembali kat awak mesti awak dah tak akan terima saya lagi..Sebab awak dah ada pasangan baru..Pasangan baru awak lebih baik dari saya..Awak nak tahu tak ?? Sejak kita putus, sukar untuk saya melupakan awak walaupun mengambil masa yang sama ..Saya putus dengan awak pun ada sebab ..Sebab saya nak fokus untuk belajar ..awak tahu kan apa impian saya ? Impian nak masuk Universiti tp alhamdulilah saya dapat gak masuk UiTM, tempat belajar saya sekarang..ini pun berkat doa mak ayah saya..saya selalu berdoa kat Allah supaya awak pun dapat masuk Universiti untuk capai cita-cita ...

Awak awak ?? awak masih ingat tak masa kita bersama.. banyak kan kenangan manis kita..sampai saya nak tidur, saya teringat kat awak :p . awak menangis saya cuba pujuk awak walaupun saya tak romantik....saya sebenarnya tak romantik sebab awaklah yang ubah saya jadi romantik..tapi apa kan daya kan wak? jodoh kita tak jauh .. saya tahu awak sedih bila saya minta putus dengan awak tapi awak pun faham saya buat kerna ada sebab...

Awak ingat tak lagi sebelum awak jalani pembedahan otak....awak kata kat saya, awak nak mati je...setiap kali awak kata begitu, saya cuba kuatkan semangat awak balik...awak tak tahu lagi perasaan saya macam mana..masa awak jalani pembedahan tu, kawan awak tiba-tiba mesej saya kata awak masih ada dalam ICU .. awak nak tahu tiba-tiba air mata saya terjatuh..saya betul2 takut nanti awak tak ada lagi kat dunia ni ..tapi alhamdulilah awak selamat dalam pembedahan tu .. Kawan  awak kata lepas je pembedahan tu . ingatan awak akan hilang sikit ..itu yang paling saya takut sekali , takut awak tak ingat kat saya lagi nnti :'( .. awak, sejak kita bercinta dulu tak de seorang perempuan yang dapat terima saya dengan seadanya.. cuma awak seorang je la yang dapat terima saya..

Mungkin jodoh kita sampai situ je la...Masa mmng cepat berlalu kan?? saya ada cuba mesej awak blik tapi bukan nak kembali blik ..kalau kembali blik mesti awak dah tak akan terima saya lagi.. saya tengok cara awak mesej pun dah lain..Akhirnya saya dpt tahu sendiri, awak dah ada orang baru..orang baru kacak juga..pandai awak memilih berbanding dengan saya yang tak de rupa langsung....mula dari situlah saya janji kat diri saya, saya tak akan ganggu awak..saya jenis orang tak suka ganggu hak orang..itu awak tahu kan ?? sejak dr itu saya cuba lupakan awak tapi tak berjaya.. awak masih ada dalam hati saya  :(

Saya berdoa awak dan buah hati awak tu dapat bersama sampai ke jinjang pelamin....nanti jgn lupa ajak saya bila awak kahwin nanti ya :') semoga awak bahagia dengan dia ..jangan gaduh2 ya ..

Apa yang amin tulis ni adalah benar belaka.tak de kena mengena yang hidup atau meninggal dunia..[dah macam cerita amin buat lak :'D] ..kalau ada masa lagi amin akan update lagi.. Assalammualaikum wbt .. ~~

P/S saya buat entri ni khas untuk awak je :')

1 comment:

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|