Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Thursday, August 11, 2011

Sendiri Itu Sepi

Assalammualaikum wbt & salam 1 Malaysia .. hai you all kita berjumpa lagi pada hari yang sama ..macam mana puasa hari ini ada yang dah terbatal ke?? yang perempuan tu amin faham lah..kalau lelaki tu ish ish ish.. apa nak jadi dengan korang ni..

sebelum kita pergi pada topik yang amin ingin ceritakan .. amin nak berterima kasih pada kat iDa WaiDa kerana menegur amin atas kesalahan yang dibuat pada entri sebelumnya..
     Dan satu lagi ucap tahniah untuk diri sendiri, blog DuNia AmiN.93 telah mencecah 100 follower ..yeah !!! tak sangka buah cempedak dah jadi chickenchop.. [hehehe :ppp] ..jom kita tgk siapa follower ke 100 kita ni ... jeng jeng jeng jeng ..cuba tengok bawah ..
Cute pulak awek ni..kalau dapat ayat mesti syok !! hahahahaha [=.=" jangan fikir lain sudah.bulan puasa ni]
nak pi ke blog dia klik sini  [baik hati betul amin siap promote sekali =.="]

ok dah habis ucap tahniah, sekarang kita pergi ke topik di atas .. amin nak bercerita pasal bersendirian..semua orang bersendirian bukan?? jangan tipulah ! semua orang pernah..Bersendirian ini ada banyak jenis..Ada yang bersendirian tak de kawan dan ada juga bersendirian sebab di tinggalkan kekasih.betul tak TETAPI ramai orang yang memandang benda ini dari perspektif yang negatif.

Hakikatnya, terlalu ramai yang membenci situasi 'bersendirian' ini kerana ada yang beranggapan waktu yang di lalui secara bersendirian seakan-akan berlalu sangat lambat dan memenatkan.Walaubagaimanapun, kalau korang fahami pergertian 'bersendirian' ini secara terbuka dan adil, ia bukan membawa maksud bosan atau sepi, sebaliknya ia membawa 2 maksud yang berbeza: 
             i.  Berkaitan dengan faktor fizikal individu, dimana tiada orang yang berada di sekitarnya. 
            ii.  Berbentuk perasaan sahaja..

Sekarang ini amin nak bagi satu tips untuk kendali situasi bersendirian ini.

Pertama, sibukkan diri dengan melakukan aktiviti positif yang sangat korang gemari. Contoh kalau amin ber "blogging" dan menaip..Dengan cara ini, suasana bersendirian korang itu bakal korang lalui dalam satu suasana yang sangat mendamaikan.

Kedua, cuba korang fikir-fikirkan kembali antara perkara-perkara yang pernah menjadi impian korang dan masih belum sempat di realisasikan.contohnya seperti ini.

Ketiga, menulis.Kenapa menulis?? Dengan cara menulis semula 'keinginan gila' yang pernah korang fikirkan di zaman kanak-kanak dahulu ia mampu membangkitkan semula keghairahan hidup korang.Malah, korang juga boleh menyenaraikan mimpi-mimpi yang masih belum terlaksana lagi. 

Korang boleh merasakan sendiri situasi bersendirian ini pada bila-bila masa sahaja tanpa mengenal sesiapa pun. Kalau korang berada dalam keadaa sepi atau merasa sunyi bila bersendirian tetapi korang harus ingat bahawa bersendirian ini bukan satu penamat dalam sebuah kehidupan yang paling penting korang perlu bijak mengendalikan emosi tersebut dan cuba mengolah emosi sepi itu menjadi emosi yang lebuh makna dalam kehidupan.

Sampai di sini coretan amin buat kali ini.. Seperti biasa yang buruk datang dari amin sendiri, yang baik datang dari- Nya...Assalammualaikum ~~

p/s kalau berguna tips tu cuba-cuba lah :)

Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|