
Dibawah ni ada sedikit berita tentang tajuk entri yang amin ceritakan ...
KUANTAN 22 Ogos - Seorang pelajar wanita yang bertubuh kurus tercampak ke dalam longkang setelah dipukul angin kencang di UiTM Kampus Bandar Tun Abdul Razak Jengka di Maran, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika mangsa, Hezreen Mohd Hanafi, 19, bersama enam rakannya dalam perjalanan ke bilik masing-masing dari dewan selepas seharian mengikuti program memasak bubur lambuk.
Menurutnya, ketika berjalan pulang ke biliknya, hujan lebat diikuti dengan tiupan angin kencang.
"Sewaktu berteduh di bumbung laluan pejalan kaki itu, tiba-tiba saya tidak dapat mengimbangi badan lalu terpelanting jatuh ke dalam longkang sedalam setengah meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, selepas terjatuh, kepalanya sakit kerana terhantuk di dalam longkang manakala tangan, kaki dan bahagian belakang badannya mengalami luka-luka kecil.
"Mujurlah saya hanya cedera ringan dan rakan-rakan saya yang lain tidak cedera, mereka sempat berpaut pada tiang laluan pejalan kaki itu," katanya.
Tambahnya, perkara tersebut dimaklumkan pada keluarganya dan dia dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapat rawatan.
Seorang rakannya, Mustawa Anuar, 19, pula berkata, dia juga tidak pernah melihat angin yang bertiup begitu kencang seperti semalam.
"Saya panik lebih-lebih lagi setelah melihat Hezreen tercampak ke dalam longkang. Badannya juga berlipat, mujur kecederaannya tidak teruk," jelasnya.
Sumber: Utusan Malaysia
INFO
-Berat badan pelajar terlibat:
37 kilogram
-Kadar Kelajuan Angin:
140 km/sejam
-6 rakan mangsa terselamat setelah berpaut pada tiang
P/S laju kan angin tu..sampai orang boleh diterbangkan..selamat budak tu takde pape..Dengar cerita, NC UiTM menambahkan lagi saatu subjek Sejarah untuk semua program pada semester hadapan untuk budak part 1 yang baru.. fuhh lega amin semester hadapan tak de .. kalau ada tidur dalam kelaslah jawabnya..hahahha :pp