Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Tuesday, August 23, 2011

I ♥ Gadjets

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia ...yeay ! kita berjumpa lagi dengan hari yang sama ..Ini adalah entri ke 3 yang patut korang baca.. patut ke ?? apa-apa je la..

Pada petang saja nak kongsi sikit pasal gajet2 ni .. kebanyakan remaja zaman sekarang memang meminati gajet2 ..duit mesti habis sebab gajet lah...

Pertama sekali, amin nak cerita pasal kamera DSLR iaitu Nikon D5-100

Nikon menyediakan ciri terbaik termasuk ciri Miniature menjadikan objek jauh seakan kartun kecil, High key melembutkan objek dengan dipenuhi warna putih di sekelilingnya. Kaedah fokus automatik turut dimampatkan dalam model ini termasuk menggunakan Live View atau merakam video HD, hanya menggunakan mod AF-F untuk memastikan kamera fokus cukup pada objek yang bergerak. Ia pantas merakam kelajuan 'shutter' dan merakam senario dengan mengurangkan hasil yang kabur termasuk ketika rakaman video HD penuh.Kamera yang mempunyai pelbagai fungsi NIKKOR ini boleh didapati pada harga RM 2, 398 (kit badan dengan lensa 18-55mm)

Kedua, Viewsonic Viewpad 7

Peranti tablet komunikasi bersaiz 7 inchi ini mempunyai fungsi-fungsi seperti telefon bimbit, komputer dan keupayaan permainan di mana keperluan kerja, gaya hidup dan hiburan di gabungkan. Viewpad 7 di kuasai oleh Google Android 2.2 di mana pengguna boleh mencapai hingga 100,000++ aplikasi untuk digunakan bersama Viewpad 7. Ia juga mampu mencapai perkhimatan seperti Android Market, Google Maps, Voice Search, Gmail, Youtube, termasuk fungsi panggilan 3G video, navigasi GPS, pembesar suara, hiburan AV, dan Documents-to-go. Viewpad 7 berkeupayaan 3.5G HSDPA/HSUPA untuk memudahkan capaian web dan memeriksa e-mel.Ia juga boleh didapati dengan harga RM 1,799.

Samsung Sliding PC 7 Siries

Samsung tampil dengan komputer riba membolehkan bukaan monitor sehingga 45 darjah yang ringan melalui model Sliding PC Siri 7. Ia menggunakan skrin beresolusi HD 1366 x 768 piksel jenis LCD berkecerahan tinggi yang menggunakan teknologi Eco Light Sensor bertujuan menetapkan kecerahan skrin pada keadaan tertentu mengikut cahaya persekitaran. Dengan ketahanan bateri selama 9 jam, ia ditambah dengan penggunaan pemprosesan Intel Atom Oak Trail Z670 1.66GHz dengan memori minimum 32GB yang menguntungkan pengguna.
Spesifikasinya:
Harga: Anggaran RM 2,199
Memori: 2GB DDR2
Sambungan: USB 2.0, kad memori, HDMI
Berat: 900g


P/S ada yang dah berminat ke?? pi la beli cepat kang habis tak tahu ..hehehe :p 
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|