Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Tuesday, August 16, 2011

Puasa Enam

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia ..sekarang kita dah 16 Ramadhan berpuasa ..cepat kan masa berlalu .. malam ni amin nak berkongsi tentang Puasa .. cerita puasa mesti ada yang tak puasa kan ?? ok malam ni amin tak nak cerita pasal orang tak puasa yang tak puasa tu tanggung dosa sendiri .. ok ..

Topik kita malam ini bercerita tentang Puasa Enam, mesti korang pernah melakukan puasa ni bukan tapi ada yang sesetengah tak tahu hukum puasa enam ni . Sekarang ni amin nak cerita hukum orang yang berpuasa enam ni .. sebbelum amin meneruskan cerita ini, amin nak memohon maaf kalau ada silap semasa amin buat entri ..amin tak lah sehebat mana tentang hal agama tapi mahu berkongsi sedikit apa yang amin tahu..
Hukum puasa enam ialah sunnah..Nabi Muhammad saw pernah meriwayatkan: 
"Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa setahun penuh".
(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi & Ibnu Majah)

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:

Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”

Tengok betapa hebatnya kita berpuasa enam..kalau yang dah pernah puasa enam teruskan jangan buat setengah jalan...Jangan fikir nak duit raya je.. duit bukan boleh masuk kubur pun..betul tak?? yang penting kumpul banyak2 amalan untuk di bawa ke akhirat kelak..

Akhir kata bg amin, kalau ada silap salah yang amin buat ni harap diampun kalau nak betulkan apa salahnya, amin terima..yg buruk datang dari amin sendiri, yang baik hanya datang dari Allah swt .. Assalammualaiukum :)
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|