Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Tuesday, August 23, 2011

B VS G | Perbezaan Lelaki & Wanita Bila Putus Cinta

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia .. hari ini amin nak update lagi ..td dah cerita pasal ribut sekarang cerita pasal cinta pulak.... semua terfikir apa maksud "B VS G"?? "B VS G" bermaksud Boy vs Girl Segment ..Sekarang ni kita bergaduh asyik puji sana, puji sini tak best la TAPI bukan gaduh betul2 tahu ..
 Hari ini entri yang kedua, amin nak cerita perbezaan perasaan lelaki dan perempuan bila putus cinta..siapa yang kuat merajuk bila kena reject dgn pasangan dorang??

  Sekarang ni amin nak cerita tentang LELAKI dulu sebab amin kan lelaki..Lelaki la kena mula dulu [gelak sakan :p]..

Lelaki ni bila dah putus cinta dengan pasangan mereka mesti akan cuba kawal emosi dulu..Kalau tak kawal emosi hilanglah macho mereka.

  1. Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''
  2. Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!
  3. Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.
  4. Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.
  5. Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.
  6. Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , "lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta."
  7. Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.
  8. Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.
  9. Lelaki tidak menganggap putus cinta satu trauma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia trauma dalam hidup mereka.
macam mana wahai gadis-gadis? ok boleh amin teruskan [hehehe] ....

Seterusnya, perasaan PEREMPUAN pulak yang patut kita lihat .. [amin cuba ungkaikan, kalau ada salah mintak maaf ya :p]
  1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu(lelaki) selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Jika kamu(lelaki) tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
  5. Sekiranya seseorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  6. Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
Sini je kot amin dpt bantu sikit pasal perasaan perempuan..susah sikit nak tahu perasaan perempuan banyak yang tersirat...

  Kena ingat juga, senjata perempuan ialah air mata. Sekali korang buat air matanya jatuh sukar untuk kembali kepadanya .. :) 


P/S komen FB ada masalah lah..nnti amin betulkan..guna dulu komen blog yang xde blog guna "anonymous" tapi di sertakan nama anda atau facebook :) 

2 comments:

  1. sukanyer baca. thx yer. btol la. ;)

    ReplyDelete
  2. @Aida Nasirah: TQ kerana sudi membaca belog amin yg tak seberapa ni..

    serious betul? takut je amin buat kenyataan begitu :p

    ReplyDelete

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|