Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Friday, September 2, 2011

Permainan Tradisional Kian Dilupakan ??

Assalammualaikum wbt & salam 1 Malaysia .. apa mimpi amin hari ini pun amin tak tahu tidur pun tak macam mana nak mimpi ..hari ini saje nak bercerita pasal permainanan tradisional..korang tahu ke permainanan tradisional?? mestilah tahukan .. permainan zaman nenek moyang kita dulu la ..  kalau kita zaman sekarang dah tak main permainan ni ..sekarang ni main playstation..

Hari terakhir korang main permainan tradisional bila ?? kalau amin zaman amin darjah 5 kot..permainan tradisional yang pernah amin main dulu ialah baling selipar, main perang2, gasing, & congkak..Permainanan tradisional ni memang seronok sebab boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

kita selongkar sikit-sikit pasal permainan tradisional ni jom :)

  • Gasing
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik.Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi
      Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.Teringat zaman amin masa sekolah rendah, bila waktu rehat je kita orang kumpul kat kawasan lapang main lawan gasing. siapa yang terkeluar dari bulatan dia keluar..syok beb ~~
  • Baling Selipar
Permainan Baling Selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama seperti permainan Baling tin Cuma ditukar kepada selipar. 3 selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan. Zaman amin guna bola tenis.. perghh kalau kena pedih wa cakap lu .. :)
  • Main Perang-Perang
kalau sesiapa yang tengok animasi Upin & Ipin masa episod bermain perang-perang bersama kawan-kawan mereka seperti itulah amin bermain dulu.Satu lagi permainanan tradisional kanak-kanak lelaki pada zaman dulu tapi zaman amin, amin guna biji buah kot jadi peluru senjata....kalau sesiapa yang pernah merasainya memang best kan ? 
  • Galah Panjang
Galah panjang merupakan permainan tradisional yang tidak dimainkan secara individu, tetapi secara berkumpulan, satu kumpulan penyerang dan satu lagi kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan penghalang bermula di garisan permulaan hinggalah ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oelh peserta bertahan maka pemain itu dikira mati. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak, juga diminati oleh golongan dewasa kerana permainan ini membawa kenangan nostalgia yang menggembirakan.
  • Konda-Kondi
Konda-kondi adalah satu permainan tradisional kegemaran kanak-kanak Malaysia. Pada kebiasaannya, permainan ini akan terdiri dari 2 pasukan yang bertanding untuk mendapat markah yang tertinggi. Bilangan pemain terdiri dari 4 hingga 10 orang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil, masing-masing berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini adalah berbentuk silinder dan mempunyai ukuran diameter sepanjang 2cm. Lubang sebesar 2 inci diameter dikorek sedalam 2 inci pada permukaan tanah. Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang. Ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Mata akan diberikan berdasarkan jarak kayu pendek dari lubang.

P/S maaf ya ni je amin ingat  .. sebab pernah main mestilah ingatkan tapi seronok :)
P/S seronok kan kalau di imbas kembali pada zaman kanak-kanak tapi sekarang bila dunia dah maju permainan macam gini kian dilupakan..kalau dpt diputarkan masa kan best dapat main permainan-permainan ni..
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|