Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Tuesday, August 16, 2011

Jom Bongkar Rahsia Si Gadis

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia..selamat pagi semua hari ini amin nak cerita sikit satu rahsia ni ... rahsia ni tak lah besar sangat tapi korang kena tahu lagi-lagi si jejaka macam amin ni kan .. cee waaah .. sebelum ni amin ada buat jugak rahsia tetapi itu rahsia untuk lelaki punya ..nak baca klik sini ..

Kita bongkar satu per satu dulu rahsia si gadis yg korang minat/sayang/cinta ...

  • Kepentingan Berkomunikasi
Kebanyakkan gadis memang suka berterus terang daripada memendam perasaan, baik si dia berkata apa yang terbuku di hati.Si gadis sering berkomunikasi berlandaskan fikiran dan perasaan walaupun ada kalanya ada menyakitkan bagi yang mendengar. Jadi, apabila teman wanita korang mahu berkata sesuatu, dengarlah penuh teliti dan renunglah matanya. Pasti si dia akan gembira kerana korang mengambil perhatian atas apa yang dikatanya itu. 
  • Mengambil Berat Tentang Si Dia
Sebagai seorang lelaki ada masanya korang perlu ,meyakinkan si dia yang korang ambil berat terhadapnya.Kata-kata juga memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran hubungan.Jika korang berterus terang, haruslah sejujur dan seikhlasnya. Bukan setakat mengambil berat tentang kesihatan saja, malah korang juga harus peka dengan perasan dan emosinya.
  • Hargailah Perasaan Si Dia
Bila sudah peka dengan perasaannya, hargailah apa yang ada di sudut hatinya. Bagi seorang gadis, perasaan sangat penting buat dirinya.Jadi tak hairanlah sekiranya si dia sering bertindak mengikut perasaan dan tanpa berfikir. Ia akan membuatkan si dia terluka oleh sikap korang itu.Sebaliknya korang harus membimbingnya bagaimana cara untuk mengatasi perasaan dengan cara berfikir dahulu sebelum bertindak.Si dia akan berasa terharu kerana korang dapat menerima perasaan yang di alaminya.
  • Ingin Dihormati
Siapa kata gadis yang lemah lembut tidak wajar dihormati? tak ada kan?? Korang harus menghormati dirinya sebagaimana korang mahu dihormati.Bagaimana mahu menghormati si dia? Korang seharusnya mengakui kebolehan, kehebatan dan keistimewaan yang terdapat dalam diri si dia. Korang tidak harus sesekali memperkecilkan keupayaan, memandang rendah terhadap si dia.Sebaliknya, kamu memberi sokongan terhadapnya agar dirinya terasa dihormati sewajarnya.
  • Suka Dibelai dan Dimanja
Sudah sikap semula jadi seorang gadia yang suka dimanja dan dibelai. Jadi tidak salah seandainya korang manjakan si dia, tanda sayang dan cinta korang terhadapnya.Korang juga boleh melalukan kejutan seperti mennghantar SMS mengatakan korang amat mencintainya, membelikan bunga, hadiah ataupun mengirimkan kad ucapan pada bila-bila masa.Mungkin juga korang boleh menggengam jarinya ketika berjalan seiringan dengannya.
  • Puji-Pujian
Kebanyakkan golongan gadis berasa risau andai penampilan mereka tidak kemas dan paras rupa mereka kurang menarik. Jika penampilan si dia menarik, lemparkan kata-kata pujian agar si dia terasa di hargai.Tapi jangan sesekali korang memberikan kritikan yang boleh melukakan perasaannya.
  • Ucapkanlah CINTA
Jika korang gemgentar untuk mengucapkan kalimah CINTA secara lisan, mungkin korang boleh menggunakan cara lain (bukan dengan cara SMS). Misalnya, luahkan perasaan korang melalui puisi atau lagu mengandungi kata-kata indah penuh bermakna.Andai korang benar-benar mencintainya, korang seharusnya tidak segan silu untuk melafazkannya kerana pasti si dia amat menghargainya.Yakinkan diri korang untuk berani berhadapan dengannya, meluahkan rasa cinta korang yang utuh dengan sejujurnya.
  • Tidak Merimaskan 
Sebenarnya golongan gadis kurang selesa apabila mendapat seorang kekasih yang turut mengambil perhatian orang lain atau suka membangga diri.Ia akan membuatkan dirinya rimas dengan kelakuan korang itu. Seeloknya korang bersikap bersederhana dan merendah diri. Jika korang ingin mengetahui si dia rimas atau tidak dengan sikap korang, perhatikan gerak-gerinya. Bahasa tubuhnya pasti akan memberikan jawapan kerana sering kali si gadis sukar menyembunyikan emosinya melalui gerak laku walaupun memilih untuk diam membisu.
  • Fahami Emosi Si Dia 
Perempuan memang kaya dengan emosi. Oleh sebab itu, korang mesti memahami emosinya. Kaum perempuan @ Hawa juga mudah mengalirkan air mata, tanda sedih atau gembira. Jiwanya juga muda terusik walaupun hanya kerana perkara kecil dan remeh-temeh. 

  • Rasa Selamat 
Sebagai seorang lelaki, korang dianggap HERO pada si dia.Maka, korang harus bersikap begitu terutamanya apabila si dia amat memerlukan korang.Si dia akan rasa selamat andai korang berada di sisi terutamanya pada saat getir.Tetapi, pastikan korang tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia boleh menghilangkan kepercayaan terhadap korang. Korang perlukan bersikap lebih bertanggungjawab agar si dia mempercayai dan menghargai korang sebagai pelindungnya..



Sini je kot amin dapat share rahsia si gadis ni.. kalau ini boleh membantu korang untuk menambat hati pasangan korang .. Cubalah ~~ 

P/S hurm..saat amin menulis entri ini teringat masa amin ngan si dia ..macam-macam kisah suka dan duka kita orang lalui tapi jodoh kita orang tak kekal lama..diapun dah dapat pasangan baru..amin pun masih single lagi..tapi apa-apa pun terima kasih jugak kat dia sebab dia dah menerima amin seadanya..hope dia bahagia dengan pasangan barunya itu :) 


1 comment:

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|