Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Sunday, August 14, 2011

Jom Uji Personaliti Diri

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia ..hai2 kawan semua dan jugak followers amin yg sudi baca entri-entri sebelum ini .. hari ini amin nak buat game..game apa ?? game kan orang..hahaha tak ada lah main2 je .. amin nak buat game nak mengenali diri korang lebih terperinci[terperinci ke??;p]

korang kena jawab situasi-situasi yang amin berikan, tak boleh skip(langkah) soalan tahu..kena jujur diri sendiri..sebelum jawab tu, sedia sekeping kertas kosong :)
PENTING !! Jangan tengok tafsiran dulu..Jawab Dulu, Baru Tengok Tafsiran

Situasi : 

  1. Korang berada di dalam hutan.Nyatakan dengan siapa kamu berjalan ?? 
  2. Sedang korang berjalan-jalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan.Nyatakan apakah haiwan itu ?? 
  3. Tindakan korang terhadap haiwan itu.(Biarkan dan pandang saje/lari dari haiwan itu/dapatkan haiwan itu)
  4. Korang teruskan perjalanan.Tiba-tiba ternampak segugus kunci.(Nyatakan bilangan kunci dari 1 - 10 anak kunci itu) 
  5. Korang teruskan perjalannan, tiba-tiba ternampak sebuah rumah di tengah hutan.Pada fikiran kamu: - adakah rumah itu berpagar ?? ( berpagar atau tidak berpagar)
    - pintu rumah itu terbuka atau tertutup?? 
  6. Korang pun masuk kerumah itu pergi keruang tamu dan ternampak meja.Apakah bentuk meja itu? (Bulat/oval/segi empat/segi tiga) 
  7. Di atas meja ada pasu...Berapa banyak air dalam pasu itu? (penuh/setengah/kosong)                   
  8. Pasu itu diperbuat daripada apa? (Kaca/seramik/tanah liat/logam/plastik/kayu)
  9. Korang teruskan perjalanan ke belakang rumah. Korang melihat sebuah air terjun dari jauh. Berapakah laju air itu? (1-10 : 1-perlahan, 10-paling laju)
  10. Korang teruskan lagi berjalan dan ternampak sebuah taman.Tiba-tiba kamu ternampak sebuah kotak peti. Apa ukuran kotak itu? (kecil/sederhana/besar)     
  11. Kotak itu diperbuat daripada apa?(cupboard/kertas/kayu/logam)   
  12. Tak jauh dari taman korang ternampak sebuah jambatan.Jambatan diperbuat daripada apa? (logam/kayu/rotan)    
  13. Di seberang jambatan, ada seekor kuda. Apakah warna kuda itu? (putih/kelabu/coklat/hitam)
  14. Apa yang kuda lakukan?(diam dan tenang/mengigit rumput/ berlari)       
  15. Tiba-tiba tanpa disangka ribut taufan datang tak jauh dari kuda.Korang mempunyai 3 pilihan:  i)lari dan bersembunyi di dalam peti?  ,  ii)lari dan bersembunyi di bawah jambatan? , iii)lari ke kuda, naik dan terus pergi?  
Sudah menjawab kesemua sekali? selepas ini, kita tengok tafsirannya pulak ..apa yang korang pilih itulah personaliti korang .. kalau korang jawab ada yang menipu sikit tak dapek den nak nolong :p

Tafsirannya:
  1. Dengan seiapa korang berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati .
  2. Haiwan yang korang jumpa simbolik kepada masalh yang korang hadapi.Saiz haiwan yang besar menunjukkan korang menganggap sesuatu masalah itu besa.
  3. Tidakan korang kepada haiwan merupakan tindakan korang kepada maslah yang dihadapi, kalu korang lari dari haiwan maksudnya korang memang suka lari dari masalah.
  4. Kunci:  1 : korang punya satu rakan baik dalam hidup korang.  ,    2-5 : korang mempunyai beberapa rakan baik dalam hidup.  ,  6-10 : korang punya banyak rakan baik.                                                                                                  
  5. Rumah:  Berpagar: Berfikiran tertutup.    ,    Tidak berpagar: Berfikiran terbuka   Pintu: Terbuka: senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain.  ,  Tertutup: tak suka bercerita dan rela pendam.
  6. Meja: Bulat/oval: rakan yang datang, korang akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya.  ,   Segi empat: korang sedikit lebih cerewet tentang rakan-rakan dan hanya boleh geng dengan orang yang korang fikir sama frekuensi sahaja.  , Segi tiga: korang sangat memilih rakan-rakan dan tidak ada banyak rakan dalam hidup korang.
  7. Pasu: Kosong: Cita-cita dan keinginan hidup korang tidak dipenuhi.  ,   Setengah: Apa yang korang inginkan dalam hidup korang adalah setengah dah tercapai.  ,   Penuh: Hidup korang benar-benar terpenuhi dan baik untuk korang.
  8. Kaca/tanah liat/seramik: korang lemah dalam hidup korang dan cenderung menjadi rapuh.  , Logam/plastik/kayu: Korang kuat dalam hidup.
  9. Air Terjun:  0 : tidak ada dorongan seksual sama sekali.    ,   1-4 : Ghairah seks rendah.  ,     5 : Ghairah seks sederhana.     ,    6-9 : Ghairah seks tinggi.    ,   10 : Ghairah seks sangat tinggi.
  10. Saiz kotak:   Kecil: Ego rendah  ,   Sederhana: Ego sederhana    ,   Besar: Ego tinggi
  11. Cupboard/kertas/kayu: keperibadian rendah diri.  ,    Logam: bangga diri.
  12. Jambatan: Logam: punya ikatan yang sangat kuat dengan rakan-rakan korang.  ,   Kayu: Hubungan sederhana dengan rakan-rakan korang.   ,     Rotan: Korang tidak berada dalam hubungan baik dengan rakan-rakan korang.
  13. Warna Kuda:   Putih: Pasangan korang adalah murni dan baik dalam hati korang. ,  Kelabu/coklat: Pasangan korang sederhana di hati.  ,    Hitam: Pasangan korang sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.
  14. Tindakan Kuda: Diam dan tenang/ mengigit rumput: Pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.   ,    Berlari-lari: Pasangan korang adalah liar dan agak sukar di kawal.. 
  15. Ini yang paling penting ! Apa yang korang akan lakukan ? Hanya ada 3 pilihan:Ribut Taufan: Masalah dalam hidup anda.......... Peti: Anda....Jambatan: Kawan-kawan anda......Kuda: Pasangan......i)Jadi, jika korang memilih peti, korang bergantung kepada diri sendiri setiap kali korang menghadapi masalah........ii)Jika korang memilih jambatan, korang akan pergi kepada kawan-kawan setiap kali korang menghadapi masalah..........iii)yang terakhir jika korang memilih kuda, korang mencari pasangan setiap kali korang menghadapi masalah.     

Sudah menilai diri sendiri..betul atau tidak bergantung pada diri sendiri..amin cuma mahu berkongsi saje ..kalau ada silap harap di ampun :) assalammualaikum ~~

P/S ce kongsi kat sini apa personaliti korang.. :) 

2 comments:

  1. hampir tepat la..dlu penah buat tp ceritanye lain skit la..hehe fun!

    ReplyDelete
  2. @blue rose: ok la tu hampir tepat .. bagus gak game ni ... hahaha ;pp

    ReplyDelete

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|