Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Sunday, September 25, 2011

Bangga Jadi Pelacur Untuk Hidup Mewah

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia .. kita berjumpa lagi ya ..hari ini, amin nak buat isu panas sikit..sikit je tak banyak mana pun tentang isu bangga jadi 'call girl' atau di kenali pelacur.. kenapalah dorang ni dah tak takut dosa ke apa ? sanggup jual tubuh badan untuk dapatkan wang dan kasih sayang ..Di Malaysia ni banyak kerja kita boleh buat tapi kenapa dia orang tak nak lakukan..Bila warga asing rampas pekerjaan kita sibuklah mengutuk sana sini...ya lah nama manusia tak pernah puas apa yang ada..
Dari kiri - Aiza, Lily, Shila
Keratan akhbar Harian Metro tentang "bangga jadi pelacur"

TERLUPA batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.

Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.

Wartawan Metro Ahad, Zuhainy Zulkifli berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri pengalaman dan luahan rasa mereka.

AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak ketiga dari lima beradik:
“Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.

Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.

Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang.

Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.

Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.

Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.

Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.

Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah tubuh saya.

Setahun selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa bapanya.
Sambung...

P/S Inilah padahnya bercinta mengikut nafsu smpi tubuh badan sendiri nak menjualnya...Ingat !! Semua wanita di luar sana..Jagalah tingkah laku anda dan maruah jangan sampai tergadai ;D
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|