Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Saturday, September 3, 2011

Cara Memikat Hati Si Gadis

Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.. halo halo ! kita berjumpa lagi ..ok hari ini amin nak entri khas buat si jejaka...si gadis pun boleh baca apa salahnya..tak de hukum pun hanya entri ini je lelaki boleh baca :) ... sebelum ni amin ada buat entri khas buat si gadis.. kalau ada sesiapa ingatlah ..entri sebelumnya --> klik ni
Jangan tenung lama2..
Gadis pujaan amin ni..wekk
hahahha
Nak ayat si gadis ni mesti nak guna ayat-ayat yang power ..kalau tak power tak cair la beb . betul tak ?? kalau cara yang amin bagi ni berkesan syukur alhamdulilah sebab amin dapat juga menolong sikit-sikit .. hehehe ..  ok la si jejaka-jejaka semua termasuk amin sekali ( amin pun nak cuba gak :p ).

Kita ada 11 contoh ayat untuk memikat gadis pujaan hati kita :)

  • "Rasanya saya pernah nampak awak sebelum ini. Awak kawan kepada Farah kan?"
Lelaki selalu berharap korang dapat membalasnya dengan bertanya di manakah dia melihat korang. Kalau korang bukan kawan si Farah , dia akan buat2 lupa & sedang memikirkan ayat seterusnya dimanakah dia pernah nampak korang.

  • "Suzy kan? Apa khabar?"
Ini cuma cara untuk melihat reaksi korang. Si dia sudah memerhatikan korang dari tadi. Akhirnya, pasti si dia yang berpura-pura minta maaf dan bertanyakan nama betul korang.

  • "Adakah ini pen awak? Tadi terjatuh di sana.." 
Dia memang tak mahu melepaskan segala peluang perkenalan yang ada.Buktinya, pen korang terjatuh pun si dia perasan. Walaupun meluat dengan sikapnya itu, korang harus berterima kasih juga pada si dia.

  • "Sekarang pukul berapa ya? Jam saya habis bateri la.."
Ayat ini memang klise. Tapi percaya tak masih ada lelaki yang nak mengurat guna ayat ini.Apakah maksud di sebalik ayat ini? Tak kisah lah jam si dia habis bateri atau tak, ini tandanya si dia cukup menghargai waktu dan ingin cepat2 berkenalan dengan korang.

  • "Sedang membuat pasport juga? Nak ke mana nanti? " 
Pastinya perbualan ini berlaku di Jabatan Imigresen tak kanlah kat Pasar Borong kot nak buat pasport.Tapi , ada dua sebab mengapa si dia menegur korang di sini. Mungkin kerana si dia memang betul2 berminat nak mengenali korang ataupun kerana si dia bosan akibat menunggu terlalu lama.

  • "Kalau awak suka novel itu, apa kata baca yang ini juga.Saya baru habis baca" 
Kalau ada si lelaki memberi ayat seperti ini tak perlu terkejut.. dia memang mamat novel, biasanya lelaki seperti ini jiwang, romantik, bijak dan kreatif.Cuba selak balik buku yang korang ambil darinya itu. Mungkin ada ditinggalkan nombor telefon atau email untuk senang di hubungi.

  • "Maaf, boleh tumpang tanya. Warna mana yang lebih cantik, merah atau hijau? Saya nak hadiahkan untuk ibu saya"
Bukan sahaja di ajak untuk berkawan tetapi juga berminat untuk mengetahui minat korang.Mana tahu sama minat dengan ibunya yang tercinta <3

  • "Eh, dah sampai nombor berapa ya?" 
Perbualan ini selalunya berlaku dibank atau di mana shj yang menggunakan nombor giliran.Si dia berusaha keras untuk berkenalan dengan korang. Tapi, agak2 lah nak mengayat pun sebab kan ada tertera nombor terkini dan nombor seterusnya di dinding bank. Siap ada operator lagi yang akna menyebut nombor seterusnya.

  • "Telefon awak ada talian tak? Saya punya dari tadi takde talian"
Jika korang bertanya dia menggunakan talian apa dan jika kebetulan talian korang berdua berbeza, pasti si dia ingin meminjam telefon korang untuk menghantar SMS. Padahal, dia ingin mengetahui nombor telefon kamu.

  • "Tumpang tanya, kalau nak ke Jalan Bukit Bintang, nak ikut mana ya"
Apabila si dia betul ingin bertanyakan jalan, dia akan mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi.Jika ada niat tersirat, pasti dia akan bersembang-sembang dengan korang lagi hinggalah topiknya bukan lagi bertanyakan arah jalan.

  •  "Awak Tiz Zaqyah ke? Mirip sangat lah!" 
Dah..dah kau ni kenapa? Boleh jadi si dia minat sangat dengan Tiz Zaqyah sampai tersalah tengok orang. Selalunya, itulah ayat lazim bagi lelaki yang mula nak mengayat. Awas ! lelaki yang macam ini selalu nak permainkan korang je .

P/S macam mana? Berpuas hati dengan cara yang amin beri ini .. kalau tak puas hati .. boleh terus bertanya.. Malu bertanya sesat jalan ..betu tak? Ok la kita jumpa lagi tahu.:)

amin dah macam doktor cinta pulak dah :p
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|