Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Sunday, September 25, 2011

Lelaki Dan Zodiak

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia .. hai semua .. hari ini amin nak cerita lagi pasal zodiak pula..korang tahu ke zodiak tu apa ?? kalau tak tahu pergi jumpa pakcik google mesti pakcik google tu boleh bantu korang ;D
Hari ini amin nak bongkar rahsia lelaki berdasarkan zodiak kelahiran.Cuba tengok satu per satu yang mana satu ciri-ciri korang(lelaki) yang perempuan nak tengok untuk pasangan dia pun ok gak ..
Capricorn (21/12 - 19/1)
Keinginan dan niat lelaki lingkungan zodiak capricorn adalah sukar untuk difahami.Namun mereka boleh menjadi individu yang sangat menyenangkan. Mereka juga dikatakan seorang yang bijak.

Aquarius (20/1 - 18/2)
Pemuda aquarius seorang yang suka berangan.Selalunya tidak memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Jangan tertipu, mereka ini sentiasa dipenuhi dengan idea-idea bernas.

Pisces (19/2 - 20/3)
Pengkhayal yang lebih suka untuk tinggal di dalam mimpi manis, lelaki Pisces gemar merungut tentang hidupnya juga terhadap semua orang di sekelilingnya .Calon baik berpasangan kerana mereka seseorang yang boleh di harapkan.

Aries (21/3 - 20/4)
Lelaki aries merupakan seorang yang sentiasa berbakat dan kreatif, tetapi berwaspada kerana mereka biasanya sunggu degil.

Taurus (21/4 - 20/5)
Dikenali kerana sifat mereka yang sangat rajin, lelaki Taurus seorang yang mudah terdedah dan sensitif.Jenis yang sangat lambat dan mereka juga tidak suka bergegas ketika melakukan urusan.

Gemini (21/5 - 20/6)
Sering mendapat tanggapan sebagai seorang yang genius.Meskipun boleh bercakap dengan sempurna tentang pelbagai topik tetapi pendirian lelaki Gemini sentiasa berubah.

Cancer (21/6 - 20/7)
 Paling di senangi di antara semua, lelaki Cancer merupakan seorang yang berhati-hati, sering menghulurkan bantuan dan perlindungan. Sifat baiknya itu sering di salah tafsir sebagai pengecut.

Leo (21/7 - 21/8)
Lelaki Leo seorang yang sangat megah, kadang kala mereka kelihatan seolah-olah hampir tidak dapat didekati. Jangan tertipu kerana mereka sebenarnya mempunyai akhlak yang baik .

Virgo (22/8  - 22/9)
Meskipun lelaki virgo seorang yang zahirnya baik dan mudah melahirkan rasa simpati, mereka juga boleh menjadi seorang yang terlalu praktikal.Tidak gemar pada ideologi romantik.

Libra (23/9 - 22/10)
Seorang yang gemar berkomunikasi, banyak bercakap dan sentiasa tahu bagaimana untuk menceriakan hati orang lain. Namun, kumpulan lelaki libra kadangkala takut untuk mengendong tanggungjawab.

Scorpio (23/10 - 22/11)
Lelaki scorpio adalah individu yang sentiasa tersembunyi, diselubungi oleh sesuatu aura yang memberikan mereka daya penarik dan mengancam tetapi pada masa yang sama disertai dengan sedikit rasa angkuh.

Sagittarius (23/11 - 20/12)
Selain menggemari pelbagai hobi, lelaki sagittarius adalah seorang yang sangat menarik dan berkualiti.Juga boleh menjadi seorang yang begitu naif.

P/S korang rasa amin yang mana satu?? hehe..
Mana korang punya zodiak?? cuba kongsi kat sini.. ;)
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|