Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Saturday, September 24, 2011

Magis Cinta

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.. malam ni amin nak cerita lagi pasal cinta lagi ..boleh tak ?? kalau boleh amin nak teruskan ... ;D
Malam ni amin nak silap mata sikit ..tapi pasal cinta..ingat cinta tak ada silap mata ke ? eh ! silap besar la.. kita ada 10 Magis Cinta yang akan amin kongsikan untuk korang semua ..

  1. Cinta mampu mengubah hidup seseorang dengan sekelip mata, antaranya, mampu membuatkan seseorang yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya.\
  2. Hanya dengan cinta seseorang yang tidak pernah senyum,  pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat. 
  3. Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan tetapi cinta juga sebenarnya boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan. 
  4. Apabila berbicara soal cinta tiada siapa pun yang mampu untuk menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta.
  5. Kuatnya cinta ada kalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah, bukit yang tinggi dan laut yang luas. 
  6. Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangan. Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat.
  7. Saat mencintai seseorang, jangan pernah berharap si dia akan mencintai korang sama seperti korang mencintainya. Ini kerana salah seorang di antara korang pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.
  8. Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang lebih penting, harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang-menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja.
  9. Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak di jelaskan. Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam.
  10. Bila tiba saat korang mencintai seseorang, korang harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.Bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan.
P/S adakah benar magis ini terjadi kepada diri korang?? cuba kongsikan di sini .. 
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|