Home Tutorial Motivasi FrenzyFM SiteMap Image Map
Welcome To Amin93's Blog..Put your link blog here..TQ
the barcode printer: free barcode generator

Sunday, September 11, 2011

Sejarah CINTA

Assalammualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.. Dah lama amin tak update blog..maaf ya semua sekarang ni amin dah nak exam..kena fokus la sikit kan ?? hari ini amin nak update lagi pasal CINTA..kalau kita cerita pasal sejarah mesti ramai tak suka kan??rasa malas nak baca...kalau sejarah cinta ada yang baca ke ??

Semua orang ada sejarah cinta kan??sebenarnya sejarah cinta korang patut diteruskan ke? atau dilupakan..di sini lah tempat amin akan ungkaikan ..
Sejarah CINTA | Diteruskan @ Dilupakan

Sejarah cinta ada kebaikan dan keburukannya ..jom kita sama-sama ungkaikan sejarah cinta ini ..

Kebaikannya: 
  • Mudah Menyesuaikan Diri
Apa yang pasti, salah satu kebaikannya adalah korang dan si dia tidak perlu banyak masa untuk menyesuaikan diri terhadap karakter masing-masing. Apatah lagi korang berdua telah saling mengenali di antara satu sama lain.
  • Belajar Daripada Pengalaman Masa Lalu
Cuba ingat kembali apa punca yang menyebabkan hubungan korang dan si dia putus di tengah jalan.Dari itu korang boleh memastikan kesilapan tersebut tidak akan berulang lagi dan korang dapat menghindarinya agar hubungan korang dan si dia kali ini mampu berjalan dengan lancar .

  •  Banyak Perkara Yang Boleh Dikongsi Bersama
Korang belajar dan membesar dari sekolah yang sama.Oleh itu, tentunya banyak kenangan masa lalu yang korang berdua kongsi bersama. Ingatan inilah yang secara tidak langsung akan membuatkan korang berdua semakin rapat sehinggakan bila bertemu pasti ada sahaja perkara yang boleh dibualkan dan dikongsikan bersama.

Keburukannya:

  • Tidak Ada Keistimewaan 
Risiko untuk korang merasakan hubungan di antara korang dan si dia tidak ada sebarang keistimewaan adalah sangat besar. Ini kerana korang begitu mengenali si dia, jadi setiap tindak-tanduknya semua dalam poket seluar korang dan yang pasti tidak akan ada sebarang kejutan utk korang.

  • Melayan Kamu Sama Seperti Teman Lain 
Berkemungkinan disebabkan si da mengenali korang di zaman sekolah/tempat kerja lagi, jadi si dia akan melayan korang sama seperti teman-teman korang yang lain dan si dia tidak ada perasaan romantik langsung.Lebih menyakitkan hati lagi, andai di hujung minggu dia memilih utk keluar beramai-ramai bersama teman-teman lain dengan alasan 'kita sudah biasa bersama-sama'.
  • Mengangkit Kisah Lalu 
Mungkin perpisahan korang kerana si dia curang. Biarpun kini si dia hadir dengan janji yang baru, namun ada kalanya kesilapannya yang lalu itu begitu sukar utnuk dilupakan begitu shaja. Akibatnya bila ada sahaja pergaduhan, kisah-kisah lalu itu pasti akan diungkit semula.

P/S sudah berfikir semasak-masaknya mahu meneruskan atau melupakan sahaja.. itu bergantung kepada korang semua..kalau entri ini berguna buat semua :) 
Comments
0 Comments
//commentFB

0 Orang Senyap² Komen Di Sini:

Post a Comment

Komen Itu Indah..Harap anda dpt komen yang molek sikit..kan lebih manis .. :) yang komen menggunakan anonymous sila sertakan nama anda dan facebook :)

Ada Masalah??Tak Puas Hati??Nak Bagi Idea?? Boleh Hantar Komen Melalui FormSpring(FS)
|TERIMA KASIH|